Tot Shopee Pi Maxis X Mcmc 2020
15 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 14 September 2020, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Shopee telah mengadakan satu program TOT pertama melalui Shopee University di Pusat Internet pada 14 September 2020 (Isnin). Program ini diadakan bertujuan untuk membantu PKS pulih terutama melalui e-dagang dengan memfokuskan kepada PKS tempatan dan juga pengusaha tempatan di sekitar Pusat Internet.
Pengurus dan Pembantu Pengurus dari setiap Pusat Internet Maxis diminta mewakili untuk menyertai program ini. Sesi latihan ini diadakan secara dalam talian (webinar) yang dapat memuatkan seramai 150 orang pada satu masa. Program ini dijalankan dalam tempoh satu hari yang dibahagikan kepada dua sesi pagi dan petang bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.
Kelas sesi pagi bermula dengan tajuk “Asas Memulakan Bisnes e-Dagang Anda Bersama Shopee”, manakala kelas sesi petang pula bertajuk “Petua Pemasaran untuk Shopee Anda”. Program ini berjalan dengan lancar dan ditamatkan dengan sesi soal jawab bersama ahli panel Fazidin Zainal Abidin, pegawai perunding Shopee Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: